Minggu, 09 Januari 2011

MOTIVASI DIRI


MOTIVASI DIRI  saddambatubara@yahoo.com


 * Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dgn
tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.


* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri terlebih dhulu, kerana hanya dia
yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat
difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah
musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

---BANGUN DAN USAHALAH KEARAH KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN DEMI UMAT ISLAM SEJAGAT
Re: MOTIVASI DIRI (Markah: 1)
oleh puteradamanhur pada 09 Okt, 2004 - 03:02 AM
(Maklumat ahli | Hantar Mesej) 
Dahulu kita muda mungkin semua tindakan kita didorong oleh keseronokan semata-mata tanpa
memikirkan apakah ianya baik bagi kita ataupun sebaliknya, kita banyak menghabiskan masa untuk keseronokan sehingga kita lupa dan lalai daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, lalu masa muda kita telah disia-siakan begitu sahaja.

Tetapi sekarang kita telah dewasa maka tidak sepatutnya kita meneruskan kerja sia-sia diusia muda kita dahulu kerana ketika itu kita tidak banyak mengerjakan ibadah dan kebajikan. Oleh kerana sekarang kita telah dewasa maka sepatutnya kita telah sedar dan insaf segala kesalahan di masa muda lalu. Gunakanlah masa dewasa ketika ini untuk bertaubat dan beramal soleh bagi
menghimpunkan pahala sebagai bekalan ke syurga.

Dahulu kita susah, miskin dan sentiasa di dalam kesempitan dan pada masa itu selalu kita memasang angan-angan dan cita-cita kalaulah aku kaya, aku akan belanjakan harta aku untuk kebajikan, aku akan menolong fakir miskin, akau akan beri sumbangan untuk pembinaan masjid, aku akan keluarkan zakat dan berbagai-bagai lagi azam dan cita-cita kita, tetapi semuanya itu tidak dapat kita lakukan kerana kemiskinan dan kesusahan yang menghimpit kita.

Sekarang kita telah menjadi kaya dan berada dalam kemewahan dan kesenangan. Kalau begitu apa yang ditunggu lagi, ambillah kesempatan di atas kesenangan dan kemewahan yang Allah berikan kepada kita untuk membelanjakan sebahagian daripadanya pada jalan Allah seperti yang pernah dicita-citakan pada masa kita susah dahulu. Janganlah kita dihantui dengan perasaan sayangkan harta sehingga tidak sanggup pula membelanjakannya kerana mencari keredhaan Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya nabi s.a.w "Wahai Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang lebih afdhal? Maka Rasulullah pun menjawab, "Kamu memberi sedekah ketika kamu sedang sihat dan terlalu sayangkan harta kamu, di samping kamu sangat mengharapkan bertambah kekayaan dan bimbang menjadi miskin dan janganlah kamu tangguhkan lagi sehingga nyawa sudah berada di hujung halkum.